Keep-it-real

don't talk shit. think about ur decision. open ur mind; not to wide that ur brain can be panitrated.

Sunday, March 6, 2011

KHLIFAH

Pernah time kecil2 dulu aku berangan mahu jadi pemimpin besar, memimpin negara.tapi sejak dipikirkan kembali, basar kuasa yang dipegang besarlah tanggungjawab yang dipikul. aku tahu aku tak mampu..

Bersamanya perlu hadir ilmu.bukan sahaja duniawi malah ukhrawi.di ambang akhir zaman, pemimpin tidak lagi disandarkan dengan ciri2 ni.lantas menghasilkan dunia yang penuh dengan kehancuran dan malapetaka.

Di negara kita sendiri gejala2 maksiat berleluasa. pemimpin corrupt! rakyat apatah lagi.adakah anda rasakan hanya status, kekayan serta pengaruh boleh melayakkan seseorang diangkat menjadi pemimpin?

Najib

Dari persepsi diri ku, aku lebih yakin dengan pimpinan di negeri asal ku sekarang Kelantan. bukan kemajuan, kemodenan yang aku kejar2. yang aku inginkan suatu tempat dimana anak2 ku nanti boleh membesar dalam suasana aman, jauh dari maksiat agar dia dapat membesar menjadi insan soleh.

Aku sedar aku sememangnya insan yang selalu bergelumang dengan dosa, namun begitu, itulah yang memotivasikan diri untuk cenderung memlih pemimpin yang mempunyai latar belakang ugama yang kuat. Agar suatu ketika dapat juga aku ditarik dikalangan orang2 yang beriman.

Pemimpin kini buta dengan syurga dunia serta perhiasan2 di dalamnya.Apa yang kita dapat lihat baru2 ni di Mesir, pemimpinnya seorang yang kaya malah lebih kaya dari Bill Gates.Apakah ini pemimpin yang telus.Pemimpin yang memijak2 rakyat di belakang mereka.

Hosni Mubarak

Memilih pemimpin berlatar belakangkan bangsa adalah kerja sia2. Apalah bangsa bila masuk kedalam kubur nanti.tidak ditanya apakah bangsa mu.Tetapi kamu akan disoal siapakah pemimpinmu, mengapa kamu memilihnya.

Tapi terpulang kepada individu bagaimana ingin menilai seseorang pemimpin mengikut pemikiran akal yang waras serta bernas.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
blog and content by GehirnSaft. Powered by Blogger.